ALOR SETAR, 26 November - Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) menafikan dakwaan bahawa salah sebuah Loji Rawatan Air (LRA) di Kedah akan dihenti tugas akibat banjir.
Menurut kenyataan SADA, pihaknya memandang serius penularan maklumat palsu tersebut.
Jelas SADA, sehingga pukul 5 petang tadi, kesemua 35 LRA di seluruh negeri itu beroperasi seperti biasa tanpa sebarang gangguan.
"Pengguna dinasihatkan untuk merujuk platform digital rasmi SADA atau menghubungi talian careline i-SADA 15404 bagi mendapatkan maklumat terkini yang sahih," kata SADA dalam satu kenyataan.
Ketika ini, beberapa daerah di Kedah seperti Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena dilanda banjir menyebabkan lebih 3,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).