fb fb fb fb fb

Banjir : Penduduk terjejas meningkat di PPS, Perlis

Keadaan banjir di Kangar/RTM

KANGAR, 26 November - Seramai 6,683 penduduk terjejas banjir ditempatkan di 21 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Perlis, setakat pukul 6 petang tadi.

Menurut Data Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perlis, jumlah berkenaan merangkumi 1,972 keluarga.

Kangar menjadi kawasan yang paling ramai penduduk berlindung di PPS dengan mencapai 3,773 orang.

Manakala Arau menempatkan 1,620 penduduk di PPS dan Padang Besar dengan 1,290 penduduk.

Hasil tinjauan RTM petang tadi mendapati masih banyak kawasan di sekitar Kangar masih ditenggelami air dan beberapa kawasan baharu turut di naiki air.

Bagaimanapun paras air di Arau semakin surut.

Pihak berkuasa sudah membenarkan kenderaan melalui jalan utama yang dinaiki air sebelum ini.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ