fb fb fb fb fb

Tuduhan liwat: Kenyataan Radzi adalah tuduhan Qazaf, jenayah berat dalam Islam

(Radzi Jidin dan Anwar Ibrahim)

KUALA LUMPUR, 21 September- Pencelahan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin di Parlimen semalam yang menyebut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah "peliwat" disifatkan sebagai tuduhan Qazaf.

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, tuduhan Qazaf termasuk dalam kategori jenayah Hudud dalam Islam iaitu menuduh seseorang muslim melakukan zina atau liwat tanpa empat saksi mata.

"Jenayah Qazaf adalah dosa besar dalam Islam. Ia menjadi salah satu kesalahan jenayah Syariah dalam Akta dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di negeri-negeri dalam Malaysia," katanya dalam kenyataan.

Mohd Khairuddin turut mempersoalkan bagaimana perkara tersebut dibiarkan berlaku dalam Parlimen tanpa sebarang teguran, sedangkan ketika itu terdapat sebilangan individu yang mendalami pengajian Islam, serta memperjuangkan pelaksanaan Hudud dalam negara.

"YB Putrajaya kena segera bertaubat kepada Allah kerana melakukan jenayah besar dalam Islam," tambahnya.


(Kenyataan FB Ust Dr. Khairuddin at-Takiri)

Media Baharu