fb fb fb fb fb

Tuduhan kompaun berat sebelah, fitnah berniat jahat- Fahmi

Datuk Fahmi Fadzil / Foto RTM

PUTRAJAYA, 12 Mac- Dakwaan berhubung kompaun yang dikenakan ke atas syarikat pemegang lesen membabitkan kes tiga penyampai radio swasta sebagai berat sebelah, disifatkan sebagai fitnah berniat jahat, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Jelas Fahmi, tuduhan terbabit nyata menyimpang jauh daripada fakta sebenar.

"Saya juga telah jelaskan semalam bahawa yang dikenakan kompaun adalah syarikat pemegang lesen yang mengendalikan stesen radio Era FM iaitu Maestra Broadcast Sdn Bhd dan bukannya Era FM itu sendiri mahupun ketiga-tiga penyampai radio.

"Dan kononnya, hukuman yang telah dikenakan berat sebelah, hingga menyebabkan agama Islam ditindas. Ini fitnah yang memang berniat jahat dan lari daripada realiti ataupun fakta," katanya menerusi sidang media di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM