fb fb fb fb fb

Tubuh konsortium industri F&B, rancak program Payung Rahmah

Foto FB Menteri

KUALA LUMPUR, 29 Mei- Penubuhan konsortium pemain industri makanan dan minuman (F&B) di negara ini bakal dilaksana bagi merancakkan lagi program Payung Rahmah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata KPDN memerlukan sokongan pemain industri untuk meneruskan inisiatif tersebut.

Jelasnya, 3,000 premis telah berdaftar secara rasmi bagi menjayakan program Menu Rahmah.

"Saya telah mula fikirkan untuk menubuhkan sebuah konsortium dalam usaha kita menambah dan mempelbagai inisiatif yang lebih rahmah.

Dengan penglibatan pemain industri dalam konsortium ini, Insya-Allah, beri kami masa tiga bulan untuk dapatkan suatu hasil dan hala tuju yang lebih baik untuk inisiatif rahmah ini," kata Salahuddin kepada pemberita selepas melancarkan Menu Rahmah KFC dan Pizza Hut di ibu negara.

Menu Rahmah yang ditawarkan merupakan dua jenis hidangan KFC dan Pizza Hut pada harga RM5 di 1,227 rangkaian restoran berkenaan di seluruh negara.


(Foto FB KPDN)

Media Baharu