fb fb fb fb fb

KPDN teliti laksana stesen minyak tanpa subsidi di Kelantan dan Kedah

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 29 Mei- Kerajaan sedang mempertimbangkan pelaksanaan stesen minyak tanpa subsidi di Kelantan dan Kedah.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, usaha itu penting bagi membantu kerajaan menangani masalah ketirisan minyak bersubsidi.

"Kita sedang menerima banyak permintaan untuk membuka stesen-stesen minyak tanpa subsidi khususnya di Kelantan dan ada juga di sempadan Perlis dan Kedah. Kita sedang teliti dan nampaknya daripada segi prestasi dua syarikat sedia ada itu, mereka menjalankan perniagaan dengan agak baik.

Maka, kita sedang teliti semua prosedur termasuk pemasarannya menjaminkan pulangan dan sekiranya dia mematuhi itu, KPDN tidak ada masalah dan kita akan bantu untuk stesen-stesen minyak tanpa subsidi itu dibuka," kata Salahuddin kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Menu Rahmah KFC dan Pizza Hut di ibu negara.

Terdahulu, projek rintis pembekalan petrol RON 95 dan diesel tanpa subsidi dilaksanakan di Padang Besar, Perlis bagi membendung penyelewengan minyak bersubsidi di negeri-negeri bersempadan dengan negara asing.


(Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub
ditemui media di ibu negara)

Media Baharu