KUALA LUMPUR, 18 MEI - Lebih 500 peserta menyertai acara kayuhan santai TRX Cyclethon 2025 membabitkan laluan sepanjang kira-kira 20 kilometer yang bermula dan tamat di Tun Razak Exchange TRX, Kuala Lumpur.
Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Sdn. Bhd, Datuk Azmar Talib berkata acara itu merupakan sebahagian daripada komitmen TRX dalam mengaktifkan ruang awam dan menjadikannya tempat yang inklusif serta bermanfaat kepada rakyat.
Jelasnya acara berkenaan akan diteruskan pada masa hadapan bagi memupuk budaya berbasikal khususnya dalam kalangan warga kota.
"Kita nak cipta nilai sosial yang lebih tinggi. Salah satu perkara besar tentang TRX adalah tentang Ruang Awam yang sebenarnya untuk mempromosikan kehidupan dan gaya hidup yang lebih baik serta kesejahteraan kesihatan untuk rakyat. Ia bukan sekadar menjadi pusat kewangan tetapi ini adalah sumbangan kami kepada orang ramai di Kuala Lumpur," katanya.
Jelas Datuk Azmar lagi, acara yang pertama kali diadakan itu bukan sekadar aktiviti riadah, sebaliknya menjadi medium untuk memupuk nilai sosial serta gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat bandar.