fb fb fb fb fb

Trend banjir di Perak berkurangan

IPOH, 7 Disember- Situasi banjir di Perak menyaksikan trend penurunan setakat pukul 10.00 pagi tadi.

Jumlah penduduk terjejas banjir berkurangan kepada 43 orang berbanding jumlah sebelumnya iaitu 47 orang.

Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang masih di buka ialah di daerah Hilir Perak, iaitu Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak yang menempatkan sembilan keluarga melibatkan 43 penduduk.

(FOTO FAIL)

Pagi semalam, PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai di daerah Manjong telah ditutup, selepas ke semua penduduk terjejas banjir dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Media Baharu