fb fb fb fb fb

STEM harus diperkasa dan dipupuk diperingkat prasekolah

KUALA LUMPUR, 7 Disember- Usaha memperkasakan sektor perindustrian negara menerusi pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), harus dipupuk di peringkat prasekolah.

Menurut pensyarah dan penyelidik Universiti Kuala Lumpur-British Malaysia Institute (UniKL-BMI), Shah Rizailli Mukhtar berkata, minat serta kecenderungan ke arah itu perlu disemai seawal usia.

Katanya,era kecanggihan teknologi digital mutakhir ini yang didominasi medium media sosial antara faktor yang mengekang kesedaran golongan muda terhadap kepentingan menguasai bidang STEM sebagai kerjaya utama.


(Pensyarah dan Penyelidik Universiti Kuala Lumpur-British Malaysia Institute (UniKL-BMI), Shah Rizailli Mukhtar)

"Untuk menarik minat pelajar-pelajar ke dalam STEM disebabkan oleh unsur-unsur ilmu luaran seperti Tik Tok, Youtube dan sebagainya, kita perlu memulakan langkah-langkah ini daripada prasekolah lagi. Minat ini harus dipupuk lebih mendalam ke arah pra sekolah dan juga pelajar-pelajar di sekolah rendah. Jadi, sini dapat kita teruskan minat STEM daripada peringkat rendah ke peringkat yang lebih tinggi. Apabila pelajar-pelajar di peringkat lebih tinggi yang nampak ada perbandingan yang mana pelajar-pelajar di peringkat rendah itu dia punya pencapaian, peratus ke arah STEM melebihi daripada yang di peringkat lebih tinggi.

"Sini sedikit sebanyak akan mempengaruhi, sebab dia akan tengok adik-beradik dia sudah mula ke arah minat dalam kedoktoran dan sebagainya. Selaitu itu juga minat kejuruteraan, bidang-bidang begitu, jadi ini memberikan sedikit peranan dan 'youtuber' semua ini boleh jadi sebagai sampingan," katanya dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

Turut berkongsi pandangan Pengerusi Persatuan STEM Malaysia, Dato' Prof. Dr Noraini Idris.


(Pengerusi Persatuan STEM Malaysia, Dato' Prof. Dr Noraini Idris / Foto Ihsan UCSI University)

Beliau yang ditemubual menerusi aplikasi 'Skype' menjelaskan, ketika ini sektor perindustrian negara masih kekurangan tenaga pakar dalam bidang kejuruteraan dan semi konduktor, khususnya bagi industri pertanian dan agro makanan.

"Di Malaysia ini kita kekurangan industri yang betul-betul mempraktiskan STEM ini dalam industri. Sekarang ini kalau dilihat di dunia semua karier dalam STEM ini, dalam perindustrian sudah ke arah automasi dan juga digital.

"Bermaksud, sekarang ini, kita kena ada industri-industri yang menyambut para graduan kita menggunakan ilmu-ilmu yang dia belajar di universiti mengenai dengan kejuruteraan, sains, dengan teknologi dan matematik dapat dipraktiskan dalam industri," katanya.

Sehubungan itu pada 10 Disember ini, Persatuan STEM Malaysia mengambil inisiatif untuk berbincang dengan para akademik, bagi menarik minat graduan, bekerja dalam industri berasaskan STEM.

Pada masa sama, melihat sejauh mana silibus dan kurikulum di institusi pengajian tinggi benar-benar menepati perkembangan serta kehendak sektor perindustrian negara.

Media Baharu