fb fb fb fb fb

Sucikan harta melalui pelbagai saluran MAIPs

PERLIS, 7 Disember- Masyarakat Islam disaran untuk segera menunaikan ibadah zakat dan wakaf serta memberikan sumbangan untuk menyucikan harta tidak patuh syariah menerusi Tabung Bara’atuz-Zimmah MAIPs atau melalui pelbagai saluran yang disediakan oleh pihak MAIPs.

Titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, manfaatkanlah 24 hari terakhir menjelang penutup tahun 2022 untuk menunaikan ibadah sama ada zakat, wakaf dan sedekah.


(Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail,  ketika melancarkan Kempen Nihayatul Am
Pembayaran Zakat, Wakaf dan Sedekah MAIPs Tahun 2022 di Pulau Batu Layang)

"Orang ramai boleh membuat pembayaran mudah secara dalam talian atau di kaunter zakat dan wakaf MAIPs atau melalui Amil zakat yang telah dilantik," titah Tuanku Syed Faizuddin pada Majlis Pelancaran Kempen Nihayatul Am Pembayaran Zakat, Wakaf dan Sedekah MAIPs Tahun 2022 di Pulau Batu Layang.

Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kutipan zakat, wakaf dan sedekah menerusi laman web rasmi MAIPs di www.maips.gov.my.

Pulau Batu Layang terletak di perairan Kuala Sungai Baru yang menjadi salah satu destinasi pelancongan terbaharu dan lokasi memancing menarik di Perlis. 

Media Baharu