fb fb fb fb fb

Ops Khas (Warga Asing): 11 motosikal ditahan, 31 saman dikeluarkan

JITRA, 7 Disember - Sebanyak 11 buah motosikal ditunggang warga asing disita menerusi Ops Khas (Warga Asing) yang dilakukan di jalan Pekan Tunjang, Jitra - Kodiang, Kedah, lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata operasi dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu yang diketuai Inspektor Mazuan Wan Mahmud, hasil maklumat awam.

Dalam operasi tersebut, 31 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik termasuk tiada lesen memandu dan tiada lesen kenderaan motor.
 
Manakala 11 motosikal turut disita atas pelbagai kesalahan.
 
Tegas Rodzi, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terutama warga asing yang melakukan kesalahan, jika tidak mematuhi undang-undang.

(Motosikal yang ditahan)

Polis akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa di kawasan berkenaan dan beberapa lokasi yang telah dikenal pasti.

Media Baharu