fb fb fb fb fb

APM ada kuasa arah penduduk terjejas banjir berpindah

SEREMBAN, 7 Disember- Pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempunyai kuasa untuk mengarahkan penduduk terjejas banjir berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) jika perlu.

Tegas Pengarah APM Negeri Sembilan, Leftenan Kolonel (PA), Mohd Nazri Mes Kam, perkara itu tertakluk kepada Seksyen 4C Akta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 1951 atau Akta 221 yang menjelaskan kuasa yang boleh dikeluarkan mana-mana pegawai dan anggota APM untuk mengarahkan penduduk terjejas banjir berpindah.


(Foto BERNAMA)

"APM mengambil kesempatan ini memaklumkan kepada orang awam bahawa akta tersebut boleh mengarahkan orang awam untuk keluar rumah apabila banjir semakin teruk," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Tambah Mohd Nazri, seramai 1,135 anggota APM Negeri Sembilan bersiap siaga untuk membantu jika berlaku banjir akibat Monsun Timur Laut yang dijangka berlarutan hingga Mac tahun depan.

Media Baharu