fb fb fb fb fb

Kerajaan perlu ada kerangka jelas tangani kenaikan kos sara hidup -pakar

KUALA LUMPUR, 7 Disember - Penyelesaian bagi kenaikan kos sara hidup harus berlandaskan kepada kegiatan ekonomi yang betul.

Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata kerajaan perlu mempunyai kerangka jelas untuk menangani isu berkenaan.

Dua faktor utama yang menentukan kos sara hidup adalah pendapatan dan harga bagi memenuhi keperluan hidup selesa.

Beliau menegaskan, Kerajaan Perpaduan harus memberi tumpuan serius kepada isu pendapatan.

(Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali ketika menjadi tetamu dalam rancangan Bicara Naratif
di TV1 malam tadi)

"Cara yang mudah untuk berfikir tentang kos sara hidup ini mudah saja, sebenarnya ia merujuk kepada apa yang kita boleh beli dengan pendapatan yang kita ada hari ini, jadi kedua-dua perkataan itu, satu isu apa yang kita boleh beli, bererti ada isu harga dan keduanya dengan pendapatan yang kita ada hari ini, bererti isu pendapatan, jadi ini dua konteks yang paling penting dalam menangani kos sara hidup dan saya 'from economic stand point', saya menyarankan supaya kita berhati-hati dengan isu harga dan memberi tumpuan yang lebih kepada isu pendapatan," kata beliau ketika menjadi tetamu dalam rancangan Bicara Naratif di TV1, di sini malam tadi.

Noor Azlan berkata pemberian subsidi, jualan murah, kawalan dan pemantauan harga, dan bantuan tunai serta barangan secara terus oleh kerajaan sudah berulang kali dibuat.

Ujarnya, subsidi bersasar adalah satu mekanisme yang bagus tetapi keberanian kerajaan untuk melaksanakannya adalah lebih penting.

Media Baharu