fb fb fb fb fb

Sultan Selangor berkenan menerima menghadap PM Anwar

(FOTO FB ANWAR IBRAHIM)

SHAH ALAM, 7 Disember - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Kayangan, di sini.

Beberapa keping gambar pertemuan Sultan Selangor dengan Perdana Menteri Malaysia Ke-10 itu dikongsikan melalui hantaran di laman Facebook Anwar Ibrahim malam tadi.


(Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri,
Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto FB Anwar Ibrahim)

Sementara itu, Anwar turut mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya, petang semalam.

Beliau dalam hantaran di Facebook berkata menghargai kesudian Ismail Sabri untuk bertukar pandangan dalam pelbagai isu semasa.

Anwar turut menyatakan penghargaan terhadap sokongan dan dukungan yang diberikan bekas Perdana Menteri itu.

Media Baharu