fb fb fb fb fb

Banjir di Perak: Jumlah penduduk terjejas terus berkurangan kepada 47 orang

IPOH, 7 Disember - Jumlah penduduk terjejas banjir di negeri Perak terus berkurangan kepada 47 orang daripada 10 keluarga sehingga pukul 10 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri menerusi kenyataan memaklumkan, satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah Hilir Perak.

(Foto fail)

PPS tersebut adalah di Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak.

Antara kawasan terjejas adalah di Kampung Batu 7, Batu 8, Batu 9, Lorong Kedah, Lorong Sidang Osman dan Kampung Gloster.

Media Baharu