fb fb fb fb fb

Pelantikan timbalan menteri dijangka selesai satu hingga dua minggu lagi

PUTRAJAYA, 6 Disember- Pengisian jawatan timbalan menteri dijangka selesai dalam tempoh satu atau dua minggu lagi.

Ketika ini prosesnya sudah bermula dengan gabungan parti politik sudah diminta mengemukakan nama calon sesuai.

Menteri Ekonomi yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat; Rafizi Ramli mengesahkan perkara tersebut antara dibincangkan pada mesyuarat Kabinet pada Isnin.

"Perdana Menteri akan menentukan portfolio yang dirasakan sesuai dan terpulang kepada gabungan-gabungan untuk mencalonkan nama.

"Bedasarkan nama tersebut, Perdana Menteri akan melihat kesesuaian kepakaran dan pengalaman dengan kementerian masing-masing sebelum dibawa untuk perkenan Tuanku (Yang diPertuan Agong)," jelasnya selepas program Persidangan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) anjuran Unit Perancang Ekonomi (EPU) dengan Kerjasama World Bank Malaysia di sini.

Sebagaimana proses melantik Menteri Kabinet, pemilihan timbalan menteri tertakluk kepada peraturan tertentu dan bergantung kepada jumlah Ahli Parlimen masing-masing.

(Rafizi Ramli)

Media Baharu