fb fb fb fb fb

ECRL, MRT3, LRT3 diteruskan

PUTRAJAYA, 6 Disember- Projek berskala besar membabitkan sektor pengangkutan yang sedang dilaksana akan diteruskan.

Ini termasuk Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Transit Aliran Berkapasiti Tinggi Lembah Klang (MRT3) dan Transit Aliran Ringan (LRT3).

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pihaknya tidak bercadang untuk membuat penangguhan.

"Saya rasa pendekatan kerajaan kita adalah, meneruskan projek sedia ada. Secara umumnya,sekiranya projek tersebut sedang dilaksanakan, saya rasa tiada masalah untuk diteruskan.

"Laporan terperinci berkenaan perkara ini masih belum diketahui, tetapi di Kementerian Pengangkutan sendiri projek besar seperti ECRL pastinya akan diteruskan. Walaupun kami menerajui pentadbiran ini, ianya akan diteruskan," katanya di sini.

(Anthony Loke)

Media Baharu