fb fb fb fb fb

KDN perkasa keselamatan, ketenteraman awam

PUTRAJAYA, 6 Disember- Pemerkasaan aspek keselamatan dan ketenteraman awam serta mewujudkan keharmonian; antara agenda utama Kementerian Dalam Negeri (KDN) ketika ini.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan beliau tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha yang mencemarkan keharmonian dan kepentingan pelbagai kaum, agama atau latar belakang.

Semua pihak bertanggungjawab dalam memastikan perkara itu sentiasa terjamin di negara ini.

Beliau optimis setiap perancangan dapat dilaksanakan bersama pegawai kementerian yang berdedikasi dan memberikan komitmen yang tinggi serta mengamalkan kerja berpasukan dengan mendokong aspirasi baharu kerajaan.

(Saifuddin Nasution Ismail)

"Selepas pilihan raya kita perlu bergerak ke arah kestabilan politik selain menumpukan kepada kemakmuran ekonomi, isu rakyat, kos sara hidup dan keperluan mewujudkan keharmonian dalam negara.

"Kenyataan yang boleh membuka ruang salah faham dalam kalangan rakyat perlu dielakkan supaya tidak mengancam keharmonian dalam negara," katanya di sini.

Sementara itu, undang-undang membabitkan kerakyatan anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia, akan teliti semula.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menerajui KDN berkata, keutamaannya itu mengambil kira aspek perlembagaan dan undang-undang, serta kemanusiaan.

Beliau mempengerusikan taklimat bersama semua agensi seliaan KDN setelah selesai mengimbas kad perakam waktu sebagai simbolik permulaan tugas rasminya sebagai Menteri Dalam Negeri di Putrajaya.

Media Baharu