fb fb fb fb fb

Salahuddin jamin harga dan bekalan minyak masak diberi perhatian

(Foto hiasan)

PUTRAJAYA, 6 Disember- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup terus komited dalam memastikan isu harga dan bekalan minyak masak terus diberi perhatian.

Jaminan tersebut dibuat menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Tambahnya, ketika ini beberapa perbincangan telah diadakan dengan pemain-pemain industri minyak termasuk mengenai cadangan dua peringkat harga dalam mencari penyelesaian isu minyak paket di pasaran.

Perbincangan tersebut turut meliputi polisi serta mekanisme pelaksanaan perkara itu.

Bagaimanapun hasil perbincangan itu menunjukkan reaksi positif daripada kesemua pemain industri.

(Salahuddin Ayub)

"Kita memberikan satu keutamaan apapun bentuk harga ataupun pendekatan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan pihak industri.

"Rakyat akan tetap mendapat manfaat iaitu dapat membeli minyak masak dengan harga berpatutan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pemain industri minyak masak di Putrajaya.

Sesi libat urus tersebut diadakan bagi memahami lebih dekat permasalahan yang dihadapi dan menangani kos sara hidup rakyat.

Media Baharu