fb fb fb fb fb

RM60 juta kepada pesawah bukan untuk roboh empayar Syed Mokhtar

PUTRAJAYA, 6 Disember- Persetujuan agar tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary membayar RM60 juta kepada petani dibuat demi kebajikan pesawah terutama yang berada bawah garis kemiskinan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kesediaan Syed Mokhtar membayar RM10 Juta bulan ini dan RM50 juta lagi tahun hadapan dipersetujui hasil rundingan yang berlangsung dengan baik.

"Bukan maksud saya nak robohkan empayar dia tetapi saya kata buatlah keuntungan dan saya beri jaminan mana-mana pelabuhan di Tanjung Pelepas saya akan arahkan Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan cari jalan bantu supaya dapat dibaiki dan ditambak, tiada masalah," kata Anwar kepada media di sini.

Beliau mengingatkan semua pihak supaya tidak mempolitikkan isu monopoli import beras yang dikuasai Syed Mokhtar.

Perdana Menteri sebelum ini membidas pelanjutan tempoh konsesi Bernas yang mempunyai kuasa untuk memonopoli import beras.

(Foto Fb Anwar Ibrahim)

Media Baharu