fb fb fb fb fb

Cadangan sistem kupon bersubsidi akan dibincangkan

(Foto hiasan)

PUTRAJAYA, 6 Disember- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mencadangkan sistem kupon bersubsidi bagi pembelian minyak masak paket satu kilogram.

Ia akan memberi manfaat kepada golongan isi rumah B40 termasuklah kepada pemain Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Cadangan tersebut akan dibincangkan dalam satu Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dalam masa terdekat.

"Golongan IKS yang bergiat aktif seperti penjual-penjual pisang goreng, warung, kedai atau kilang kecil memerlukan beklalan minyak masak dalam melaksanakan perniagaan mereka.

"Pegawai peringkat KPDN akan terus meneliti supaya data dapat dikemas kini supaya golongan sasaran ini benar-benar dapat menikmati harga subsidi minyak masak," katanya dalam satu sidang media khas selepas mengadakan pertemuan dengan pemain industri minyak masak di Putrajaya.

(Foto hiasan)

Media Baharu