fb fb fb fb fb

Treler terbakar di KM 252 Lebuhraya Plus

(Foto FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)

KUALA KANGSAR, 9 April- Sebuah treler terbakar sebanyak 50% di bahagian hadapan dalam kejadian di Kilometer (KM) 252, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, Perak, semalam.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dan BBP Meru Jaya bersama jentera digegaskan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 1.09 petang.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Saiful Hanif bin Mahmad Ayub berkata, setibanya anggota di lokasi, pihaknya mendapati sebuah treler sedang terbakar dan memusnahkan sehingga 50% di bahagian kepala lori tersebut.

Saiful berkata, kejadian tidak melibatkan sebarang mangsa.

Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan salur bantu mula sehingga selesai.

Operasi ditamatkan pada pukul 2.47 petang.

(Foto FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)

Media Baharu