fb fb fb fb fb

RTM Melaka naik taraf sistem MRS, beri kualiti audio terbaik

Foto hiasan

MELAKA, 6 November - RTM Melaka dipilih sebagai negeri pertama melaksanakan projek naik taraf sistem pemancar dan migrasi kepada sistem Multicast Route Service (MRS).

Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Teknikal Rangkaian, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Ts Khairuddin Osman berkata, ia merupakan langkah supaya MELAKAfm dapat didengari dengan kualiti audio lebih baik.

"Daripada kodek lama, kita kini beralih kepada kodek baharu yang dikenali sebagai MRS. Kodek ini berasaskan IP (Internet Protocol), jadi dari segi kualiti audio, ia memang lebih baik dan lebih jelas.

"Memandangkan keseluruhan sistem RTM — daripada studio hingga ke pemancar — telah diganti dengan peralatan baharu, inilah masa terbaik untuk kita melakukan penjajaran semula bagi memastikan kualiti siaran terbaik dapat disampaikan kepada semua pendengar," katanya ketika ditemui pemberita.

Pemasangan sistem pemancar dan MRS telah dilaksana bermula Julai lalu dengan kerjasama pihak Telekom Malaysia.

Naik taraf dan migrasi sistem itu akan melibatkan semua stesen radio RTM di seluruh negara secara berperingkat.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI