KUALA LUMPUR, 6 November - Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) sedang menubuhkan kluster-kluster kecerdasan buatan (AI) sektoral untuk mempercepat penggunaan teknologi tersebut dalam sektor utama negara.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata, ia termasuk sektor kesihatan, pengangkutan, pertanian, dan pendidikan yang menjadi keutamaan kerajaan dalam membangunkan ekosistem AI negara.
"Melalui NAIO Lab yang bertujuan untuk mencipta penyelesaian AI berimpak tinggi bagi industri tertentu, projek rintis 'Rakan Tani' telah dilancarkan di kawasan Sekinchan dan Teluk Intan pada bulan September 2025.
"Dengan perancangan rapi dan pendekatan holistik ini, Malaysia mampu muncul sebagai Negara AI yang inklusif, mampan dan berdaya saing menjelang 2030," katanya.
Beliau menjelaskan perkara itu ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr. Kelvin Yii Lee Wuen berhubung rancangan Malaysia untuk merealisasikan aspirasi menjadikan Malaysia sebagai negara kecerdasan buatan (AI)
menjelang 2030.
Gobind turut menjelaskan, Malaysia juga telah menerima jumlah pelaburan sebanyak RM144.4 bilion untuk membina 143 projek pusat data.
Selain membangunkan polisi pendigitalan data sektor awam untuk memastikan set data berkualiti tinggi yang boleh diguna pakai aplikasi AI.