fb fb fb fb fb

Lelaki ditemukan lemas di Tanjung Kling

(Foto FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)

TANJUNG KLING, 9 April- Seorang lelaki ditemukan lemas dalam sungai dekat Kampung Lereh, di sini, malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian menerusi talian MERS 999 pada pukul 10.08 malam.

Bertindak atas maklumat, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Melaka Tengah telah digerakkan ke lokasi kejadian dengan jumlah keanggotaan termasuk pegawai kanan adalah seramai 17 orang bersama sebuah jentera LFRT, sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), sebuah lori angkut yang membawa sebuah bot penyelamat dan sebuah pacuan empat roda.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ahmad Nyat berkata, maklumat awal yang diterima daripada pihak polis yang berada di lokasi, terdapat seorang lelaki berumur 30-an dikhuatiri lemas di dalam sungai.

Bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan sekitar sungai akhirnya menemukan mangsa di dalam sungai tersebut.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

(Foto FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)

Media Baharu