fb fb fb fb fb

526 masjid dan surau tubuh koperasi

(Datuk Seri Dr Abdul Fatah Abdullah)

KUALA LUMPUR, 9 April- Sebanyak 526 masjid dan surau di Malaysia sudah menubuhkan koperasi di qariah masing-masing.

Menurut Pengerusi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Seri Dr Abdul Fatah Abdullah, pendekatan penubuhan koperasi di Masjid dan Surau ini mampu membasmi kemiskinan di qariah masing-masing.

Katanya, kesemua esemua koperasi berkenaan telah mencatatkan aktiviti perniagaan bernilai RM24.2 jutadan memberi manfaat kepada 43,000 ahlinya.

"Koperasi adalah platform yg terbaik jadi dalam konteks ini bagi komuniti Muslim kita akan membantu untuk menggerakkan koperasi qariah masjid sebagai platform kepada komuniti Islam yg ada di bandar ini untuk meningkatkan ekonomi mereka dan membawa mereka keluar daripada tekanan kemiskinan," katanya.

Dalam pada itu, beliau menggalakkan baki 6,000 masjid dan surau di seluruh negara mewujudkan koperasi untuk manfaat komuniti setempat.

(Abdul Fatah berkata, sebanyak 526 masjid dan surau di Malaysia sudah
menubuhkan koperasi di qariah masing-masing)

Beliau memberitahu RTM selepas menghadiri majlis berbuka puasa anjuran ANGKASA, Suruhanjaya Koperasi Wilayah Persekutuan dan Koperasi Masjid Al Mukhliseen Berhad di sini.

Selain iftar bersama 60 orang anak yatim dan asnaf, turut disampaikan, bantuan wang tunai dan barang keperluan harian.

Media Baharu