fb fb fb fb fb

Lebih 20 lokasi di Putra Perdana dilanda ribut

(Beberapa kawasan di Putra Perdana dilanda ribut bersama hujan lebat
petang semalam)

KUALA LUMPUR, 9 April-  Kejadian ribut di sekitar Kampung Pulau Meranti, Taman Putra Perdana dan Apartmen Angsana Bukit Puchong 2 mengakibatkan beberapa infrastruktur awam, masjid, surau, premis perniagaan dan rumah penduduk mengalami kerosakan, dalam kejadian kira-kira 3.30 petang semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah menerusi Facebooknya memaklumkan menerima berita kejadian ribut itu membabitkan lebih 20 lokasi di kawasan berkenaan.

"Terima kasih kepada komuniti yang bertindak pantas membantu, saya bersimpati dengan semua yang terkesan dan berharap penduduk dapat bersabar dalam menghadapi dugaan di bulan Ramdan ini.|

"Turut terkesan ribut peniaga-peniaga bazar ramadhan di Putra Perdana, saya harap dapat bersabar dgn dugaan ini.

"Saya telah menghubungi Jawatankuasa Bencana Daerah Sepang, Pejabat Daerah Tanah Sepang, Majlis Perbandaran Sepang, blai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Agkatan Pertahanan Awam (APM) Sepang, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sepang dan agensi-agensi berkaitansegera ke beberapa tempat untuk membantu serta mengenal pasti kerosakan yang berlaku dan Insya-Allah, saya akan salurkan bantuan sewajarnya.

"Semoga kita semua sentiasa selamat dan kekal dalam lindungan Tuhan," katanya.

 
(Adhif Syan meninjau kerja-kerja memulihkan kerosakan bumbung kediaman di lokasi
terjejas ribut/FOTO FB Adhif Syan Abdullah)

Sementara itu, dalam satu hantaran dikemas kini awal pagi ini, beliau memaklumkan telah turun ke beberapa lokasi meninjau keadaan semasa kawasan terjejas ribut berkenaan.

"Saya turun ke Pangsapuri Angsana, Bandar Bukit Puchong 2 malam tadi, melihat keadaan bumbung rosak dan tercampak yang sedang dibersihkan oleh anggota APM Sepang.|

"Turut hadir agensi berkaitan bersama Pengerusi Penduduk Pangsapuri Angsana dan keluarga penduduk terjejas ribut," katanya.

Katanya lagi, Pihak Pengurusan Bencana Pejabat Daerah Tanah Sepang telah membuka Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Pulau Meranti bagi keluarga penduduk terkesan ribut.

"Insya-Allah hari ini  saya akan turun ke lokasi-lokasi yang lain," katanya.

 
 

Media Baharu