fb fb fb fb fb

'Training of Trainers (TOT) ' tingkat kesedaran penjagaan alam sekitar kepada pelajar

BANGI, 19 Januari- Seramai 150 orang peserta dari 39 buah koperasi sekolah menyertai bengkel pengajaran dan pembelajaran 'Training of Trainers (TOT)' Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok.

Bengkel bertujuan meningkatkan kesedaran penjagaan alam sekitar dalam kalangan pelajar sekolah anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menerusi inisiatif tersebut, Angkasa bersama UKM juga telah menerbitkan modul Pendidikan dan Pembelajaran 'Sejuta Pokok Segunung Harapan' untuk dimanfaatkan 2,473 koperasi sekolah di seluruh negara.

"Saya harap pihak sekolah akan menggunakan modul ini untuk dijadikan panduan dalam usaha menjayakan aktiviti tentang pemuliharaan alam sekitar.

"Modul ini salah satu latihan sebab koperasi diiktiraf sebagai salah satu aktiviti kokurikulum, jadi boleh gunakan itu," kata Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.

(Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah)

Beliau berkata demikian selepas merasmikan bengkel tersebut, di sini.

Sejak pelancarannya pada Julai tahun lalu, sebanyak 30 program telah dilaksanakan di seluruh negara.

Ia bersempena sambutan 100 tahun gerakan koperasi yang berjaya menanam hampir 4,733 batang pokok pelbagai spesis di seluruh negara.

Media Baharu