fb fb fb fb fb

JPJ, RTM Melaka jalin kerjasama sampaikan informasi sahih kepada rakyat

MELAKA, 19 Januari- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka berhasrat menjalankan berkolabrasi bersama Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Melaka dalam usaha menyampaikan informasi kepada rakyat berkaitan keselamatan jalan raya.

Pengarahnya, Muhammad Firdaus Shariff berkata, dengan kerjasama ini, beliau berharap RTM Melaka dapat mewar-warkan informasi berkenaan usaha JPJ dalam mempertingkatkan isu-isu pendigitalan yang dijalankan bagi memudahkan pengguna mendapatkan perkhidmatan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan ke RTM Melaka.

(Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, Muhammad Firdaus Shariff)

Selain itu, JPJ negeri juga menjalankan aktiviti advokasi dan memberi khidmat nasihat tentang keselamatan jalan raya dengan memberi taklimat di sekolah, institut pengajian tinggi awam (IPTA), kilang dan agensi kerajaan berkaitan lesen dan pengubahsuaian kenderaan.

Sementara itu, Pengarah RTM Melaka, Mohd Yusni Mohamed Ali berharap agar kerjasama ini dapat memberi informasi yang sahih kepada masyarakat khususnya di Melaka.

Media Baharu