fb fb fb fb fb

800 tanglung hiasi Jonker Walk

MELAKA, 19 Januari- Sebanyak 800 tanglung menghiasi Jonker Walk, di sini bersempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Jonker Walk, Datuk Gan Tian Loo usaha itu bagi menambah kemeriahan dan kecerian sambutan TBC selain menarik lebih ramai pengunjung.

Terdapat juga dua tarikan utama di kawasan pelancongan berkenaan iaitu patung arnab emas seberat 280 kilogram dan tanglung baba nyonya.

"Kita akan menaikkan juga sepasang tanglung baba nyonya terbesar di dunia. Kita sudah dapat, disahkan Malaysia Book Of Record.

"Jadi kita akan pasang di pejabat Jonker Walk sepanjang tahun dan ini juga akan menjadi satu lagi ikonik bagi kawasan konservasi ini kerana kita nak mempromosikan tradisi baba nyonya," katanya.

(Datuk Gan Tian Loo)

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan pemasangan patung arnab emas di pintu masuk Jonker Walk, di sini.

Dalam pada itu, Gan turut meminta orang ramai yang datang ke Jonker Walk untuk sentiasa berhati-hati dan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka.

Media Baharu