fb fb fb fb fb

Tragedi terowong banjir: Angka korban di Korea meningkat 49 orang

(Angka korban meningkat kepada 49 orang/FOTO REUTERS)

SEOUL, 17 Julai - Empat lagi mayat ditemukan dari jalan bawah tanah yang dinaiki air di Korea Selatan.

Ini menjadikan jumlah maut atau hilang dalam hujan lebat yang melanda Korea Selatan, meningkat kepada 49 orang.

Laluan bawah tanah di Osong, Cheongju dinaiki air sejak Sabtu lalu apabila sungai berhampiran melimpah akibat benteng runtuh.

Dua belas kematian, termasuk tiga mayat ditemui semalam ketika kesemua mangsa terkandas dalam terowong di Cheongju, 110km (68 batu) dari selatan Seoul.

Kejadian itu melibatkan sebanyak 16 kenderaan, termasuk sebuah bas yang menyebabkan kesemua mangsa terperangkap di dalam kenderaan yang ditenggelami air di dalam sebuah terowong.

Insiden itu mencetuskan pelbagai persoalan mengenai usaha Korea Selatan untuk mencegah dan memberi tindak balas terhadap kerosakan akibat banjir.

Beberapa pemandu yang menggunakan laluan itu kerap menyalahkan kerajaan kerana gagal melarang pengguna untuk akses kelaluan bawah tanah meskipun amaran banjir telah dikeluarkan.

Hampir 900 pegawai bomba, polis dan tentera terlibat dalam operasi menyelamat di bawah lorong itu.

Pasukan keselamatan menggunakan dron, bot dan beberapa peralatan lain untuk mencari dan menyelamat mangsa yang terkandas. - REUTERS

(Pasukan petugas keselamatan dalam operasi mencari dan menyelamat/FOTO REUTERS)

ARTIKEL BERKAITAN:
Penyelamat Korea Selatan bawa keluar lapan mayat dari terowong
Banjr di Korea Selatan, 26 terkorban 10 hilang
Banjir di Korea Selatan, angka korban meningkat kepada 22 mangsa
Hujan lebat: Tujuh maut, tiga hilang di Korea Selatan

Media Baharu