fb fb fb fb fb

Tragedi tanah runtuh: Kementerian Kesihatan pergiat sokongan psikososial bantu mangsa

(Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa ditemu bual media selepas mengiringi isteri Perdana Menteri,
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melawat mangsa tragedi tanah runtuh di Hospital Selayang) 

SELAYANG, 17 Disember - Kementerian Kesihatan mempergiatkan sokongan psikososial bagi membantu mangsa terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali awal pagi semalam.

Jelas Menterinya, Dr Zaliha Mustafa, bantuan berbentuk sokongan emosi dan moral itu turut diperluaskan kepada mangsa yang selesai rawatan.

Tambahnya, sokongan yang digerakkan menerusi Unit Psikologi Kementerian itu penting bagi memastikan kesihatan mental dan emosi mangsa dan keluarga waris dalam keadaan baik.

"Kita 'activate' kan 'team' sokongan mental kita dan ia sudah bermula dan itu akan diteruskan sehingga mereka balik ke rumah, ini berterusanlah agar mereka menerima musibah ini dan kemudian membina kembali kekuatan mereka lah," kata beliau selepas mengiringi isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melawat mangsa tragedi tanah runtuh di Hospital Selayang, di sini hari ini.

(Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mengiringi isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail melawat mangsa tragedi tanah runtuh di Hospital Selayang)

Hadir sama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Setakat pukul 5 petang tadi, tiga mangsa kejadian runtuhan pada awal pagi semalam masih menerima rawatan di Hospital Selayang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Media Baharu