fb fb fb fb fb

Pembangunan modal insan jadi fokus utama negeri Perlis

(Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad melancarkan Program
Berkhatan Perdana di Kangar, Perlis) 

KANGAR, 17 Disember - Pembangunan modal insan di kalangan masyarakat antara fokus utama Perlis sebagai usaha membangunkan masyarakat luar bandar di negeri berkenaan.

Sehubungan itu pelbagai jabatan dan agensi diseru berkerjasama bagi mencapai tujuan tersebut.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata kerajaan negeri sentiasa menyokong program-program yang bersifat memajukan masyarakat.

Program seperti itu akan dijalankan berterusan selain menjadi komponen utama dalam bajet negeri Perlis.

 
(Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad ditemu bual Berita RTM selepas 
Program Berkhatan Perdana di Kangar, Perlis)

"Ini kita akan teruskan dan kita juga akan masukkan di dalam bajet tahunan kerajaan negeri untuk memastikan program pembangunan modal insan di negeri Perlis ini ialah satu agenda tetap yang akan dilaksanakan secara tersusun dan berterusan namun penglibatan semua pihak terutama pemimpin-pemimpin masyarakat amat diperlukan kerana mereka lebih memahami apakah cabaran dan keperluan masyarakat di sekitar mereka," kata beliau kepada Berita RTM ketika ditemui selepas Program Berkhatan Perdana, di sini hari ini.

Pada program berkenaan, seramai 40 kanak-kanak yang terdiri daripada golongan B40, asnaf dan anak yatim dikhatankan secara percuma.

Media Baharu