fb fb fb fb fb

Tanah runtuh: JBPM pasang sistem kesan pergerakan tanah

(FOTO JBPM)

BATANG KALI, 17 Disember- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memasang sistem pengesan pengerakan tanah di kawasan tanah runtuh di tapak perkhemahan Batang Kali bagi memantau kemungkinan berlaku runtuhan susulan.

Pengarah JBPM Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata peralatan itu dipasang dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

"Peralatan itu dipasang di tiga lokasi sebagai langkah berjaga-jaga kerana keadaan runtuhan masih baharu serta faktor cuaca hujan yang boleh menyebabkan berlaku gelongsoran tanah.

"Berdasarkan pemerhatian fizikal tiada pergerakan tanah, namun masih terdapat aliran air di kawasan runtuhan," kata Norazam kepada media di sini.

Langkah itu juga demi menjamin keselamatan anggota operasi mencari dan menyelamat.

(Alat ‘Real-Time Monitoring Device’ dipasang di lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan
Fathers’ Organic Farm untuk mengesan jika ada sebarang pergerakan tanah/BERNAMA)

Media Baharu