fb fb fb fb fb

Seramai 1,508 penduduk terjejas banjir ditempatkan di enam PPS di Pasir Mas, Kelantan

PASIR MAS, 17 Disember - Seramai 1,508 penduduk terjejas banjir direkodkan di negeri Kelantan sehingga pukul 4 petang tadi.

Mereka yang terdiri daripada 467 keluarga ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di jajahan Pasir Mas.

Menurut laman web info bencana JKM, penduduk terjejas banjir terbabit berada di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh kekal sebanyak 712 orang dan SK Gual Periok seramai 516 orang.

 
(Foto fail)

Manakala, selebihnya ditempatkan di SK Kubang Kual (165 orang), PPS Putat Tujoh (30 orang), Masjid Mukim Padang Licin seramai 57 orang dan SK Kedai Tanjong seramai 28 orang.

Sementara itu, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang masih melebihi tahap amaran.

Media Baharu