fb fb fb fb fb

Kerjasama erat persekutuan-Sabah jamin perubahan berterusan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap dalam Majlis Perasmian Penutupan Program HPPNK Sabah

KOTA KINABALU, 3 Ogos - Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sabah perlu dipereratkan dan dipertahankan demi masa depan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dapat membawa perubahan berterusan, sekali gus memastikan kebajikan rakyat terus terbela.

"Majoriti rakyat memerlukan negara yang aman dan kerajaan yang stabil. Mereka memerlukan kerjasama yang utuh antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri kerana negeri tidak boleh bekerja berasingan daripada persekutuan. Lebih baik bekerjasama demi kebaikan rakyat," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Penutupan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini.

Pada hari terakhir HPPNK hari ini, pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai barangan pada harga yang lebih murah, termasuk menerusi jualan lelong.

MASNIZA AWANG KECHIK