fb fb fb fb fb

Tuisyen pintar tajaan PROLINTAS beri manfaat kepada 100 calon SPM

(Sebanyak 10 siri tuisyen dijalankan secara berpusat di SMK Bukit Indah sejak Oktober lalu
sehingga Disember 2022)

AMPANG,17 Disember - Seramai 100 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada keluarga berpendapatan rendah telah menerima manfaat tuisyen secara percuma menerusi Program Tuisyen Pintar Yayasan Pelajaran MARA (YPM) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dengan tajaan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS).

Seiring dengan komitmen berterusan syarikat melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) berteraskan pendidikan, PROLINTAS amat berbesar hati inisiatif ini telah dijalankan dengan jayanya.

Pelajar terlibat yang terdiri daripada empat sekolah sekitar Hulu Langat dan Gombak iaitu SMK Bukit Indah, SMK Hulu Kelang, SMK Taman Kosas dan SMK Bandar Baru Ampang telah menerima bimbingan guru-guru bertauliah untuk lima mata pelajaran teras SPM iaitu Bahasa Malaysia, Sejarah, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Pelajar yang terlibat juga disediakan sarapan, minum pagi dan makan tengah hari setiap kali sesi tuisyen diadakan.

Sebanyak 10 siri tuisyen dijalankan secara berpusat di SMK Bukit Indah sejak Oktober lalu sehingga Disember 2022.


(Pelajar terlibat terdiri daripada empat sekolah sekitar Hulu Langat dan Gombak iaitu SMK Bukit
Indah, SMK Hulu Kelang, SMK Taman Kosas dan SMK Bandar Baru Ampang)

Hari ini telah diadakan Majlis Perasmian Penutupan Program Tuisyen Pintar YPM @ KKDW 2022 disempurnakan oleh Ketua Divisyen Komunikasi Korporat PROLINTAS, Badri Ibrahim di SMK Bukit Indah.

PROLINTAS berharap agar semua pelajar terlibat akan berjaya menjawab peperiksaan dengan baik dan memperoleh keputusan yang cemerlang.

Selaku pengendali lebuh raya terbesar di Lembah Klang, PROLINTAS komited untuk meneruskan pelbagai aktiviti CSR berteraskan tiga agenda utama iaitu alam sekitar, pendidikan dan komuniti khususnya di sekitar jajaran lebuh raya kendaliannya.

Enam lebuh raya di bawah portfolio PROLINTAS ialah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kajang SILK (SILK), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH).

Media Baharu