fb fb fb fb fb

Jenazah Nurul Azmani selamat dikebumi

KUALA LUMPUR, 18 Disember- Jenazah mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, Selangor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, di sini, pada pukul 10.00 malam tadi.

Ibu Allahyarham, Siti Esah Hassan, 53, berkata jenazah Nurul Azmani Kamarulzaman, 31, dibawa ke tanah perkuburan selepas selesai solat jenazah di Masjid Abu Hurairah Kampung Batu 5, Jalan Ipoh, di sini.

Siti Esah berkata Allahyarham merupakan anak sulung daripada tiga beradik yang bekerja sebagai penolong kantin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Mun Choong.

Ahli keluarga mengusung jenazah Allahyarham Nurul Azwani Kamarulzaman untuk
dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Selaseh / FOTO BERNAMA

"Allahyarham menyertai perkhemahan itu kerana mengikut majikannya yang juga guru di sekolah tersebut dan dia sudah berjanji untuk pulang ke kampung selepas habis aktiviti perkhemahan itu,” katanya kepada pemberita di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah.

Allahyarham merupakan antara 24 mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh yang berlaku pada pukul 2.42 pagi, Jumaat.

Media Baharu