fb fb fb fb fb

Golongan muda minat bidang pertanian, agromakanan

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, bersiaran langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia, dari lokasi Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 di Sabah International Convention Centre (SICC)/Foto FB Mohamad Sabu

SABAH, 2 Ogos - Sambutan anak muda terhadap bidang pertanian dan agromakanan menunjukkan perkembangan positif seiring dengan usaha kerajaan melahirkan lebih ramai agropreneur muda.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, trend semasa menunjukkan ramai anak muda sudah mula melibatkan diri dalam pelbagai subsektor pertanian.

Ini termasuk ternakan ikan tilapia di kawasan perumahan serta tanaman padi berskala sederhana di negeri seperti Selangor dan Kedah.

''Yang utamanya kita nak melahirkan agro muda dan sekarang kerajaan menyediakan bantuan geran kepada mereka yang nak terlibat terutama sekali graduan TVET. TVET pertanian atau anak-anak muda yang berbakat, kita bersedia untuk membantu. Geran sebanyak RM30,000 kita harap jadi galakan kepada mereka untuk memulakan perusahaan.

"Ikutlah ternakan ke, agropelancongan ke, kita tidak mahu mereka gagal'," beliau berkata demikian ketika sesi lawatan ke Karnival Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan Tahun 2025 di sini.

Tambahnya, ternakan ruminan dalam ladang kelapa sawit di negeri ini juga mula menunjukkan potensi besar dengan hasil pembiakan lembu yang memberangsangkan.

Beliau juga yakin dengan bimbingan, sokongan teknikal, serta bantuan kewangan yang diberikan, anak muda mampu membina kerjaya yang stabil dan menguntungkan dalam sektor agro.

Malah, penglibatan golongan itu juga membantu mengurangkan kebergantungan negara terhadap import makanan, khususnya daging, yang kini masih melebihi peratus.

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI