fb fb fb fb fb

ATM atur gerak anggota, aset bantu operasi SAR

KUALA LUMPUR, 18 Disember- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengatur gerak anggota dan aset bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, Selangor.

Hantaran di laman Facebook rasmi Kementerian Pertahanan memaklumkan seorang pegawai dan 30 anggota Rejimen Ke-25 Askar Melayu Diraja (25 RAMD) diatur gerak setiap enam jam ke lokasi kejadian bagi membantu operasi itu.

ATM menjalankan operasi SAR di lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan
Fathers Organic Farm, Gohtong Jaya / FOTO BERNAMA

Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat pula menerusi hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan pergerakan anggota dan asetnya telah dijalankan selain bekerjasama dengan agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hulu Selangor seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.

Media Baharu