fb fb fb fb fb

KBS komited perkasa program belia bersifat intervensi dan rehabilitasi

(FOTO FB KBS)

SEPANG, 18 Disember - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited memperkasa program-program belia sedia ada dengan memberi tumpuan kepada program bersifat intervensi dan rehabilitasi.

Menterinya, Hannah Yeoh percaya pelaksanaan program berlandaskan fakta dan data serta mengikut trend dan cabaran semasa mampu memberikan impak besar kepada golongan berkenaan.

(Hannah Yeoh ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara
2022 di Sepang)

"Melalui data ini kita akan menganalisa, adakah program KBS ini berjaya menjangkau kepada semua lapan kumpulan sasaran belia di bawah Dasar Belia Malaysia.

"Kedua adakah belia-belia yang menyertai program berjaya ke peringkat seterusnya, misalnya belia ini berjaya mendapat pekerjaan atau berjaya menjadi usahawan," katanya ketika berucap sempena Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara 2022, di sini, semalam.

Pada majlis tersebut, empat anugerah utama dipertandingkan sementara satu anugerah khas dan tujuh anugerah tambahan diperkenal.

Persatuan Belia Setia Pakat dari Terengganu dinobat juara bagi kategori Pertubuhan Belia.

Media Baharu