fb fb fb fb fb

Hujan sangat lebat tahap bahaya di Kelantan dan Terengganu hingga Selasa

KUALA LUMPUR, 18 Disember - Beberapa kawasan di Kelantan dan di seluruh Terengganu dijangka berlaku hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya hingga Selasa (20 Nov).

Amaran itu dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) 9.30 pagi ini apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan membabitkan Kelantan di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Manakala MetMalaysia menjangkakan hujan lebat berterusan peringkat buruk berlaku di Kedah melibatkan Padang Terap, Sik dan Baling; Perak (Hulu Perak); Kelantan (Gua Musang); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) dalam tempoh sama.

Sementara itu MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada melibatkan keseluruhan Perlis dan Pulau Pinang , manakala di Kedah membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

Amaran sama juga dikeluarkan bagi Perak (Kerian, Kuala Kangsar serta Larut, Matang dan Selama) selain Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Media Baharu