fb fb fb fb fb

Tragedi tanah runtuh: Identiti enam mangsa yang maut dikenal pasti

(FOTO JBPM)

BATANG KALI, 17 Disember- Identiti enam daripada 23 mangsa yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali telah dikenal pasti.

Menurut kenyataan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), identiti mangsa dikenal pasti dengan pengecaman oleh waris atau menerusi ujian cap jari.

Mereka terdiri daripada lima wanita dewasa dikenali sebagai Lim Wei Xin, Hong Mei Jing, Nurul Azmani, Lai Lee Yin dan Lai Lee Koo.

Manakala, seorang lagi mangsa adalah kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun, Tong Kai.

Proses bedah siasat dan pengecaman mayat mangsa yang lain masih dijalankan.

Sementara itu, NADMA berkata empat mangsa masih menerima rawatan di Hospital Selayang dan seorang di Hospital Kuala Lumpur.

Manakala tiga yang menerima rawatan di Hospital Kuala Kubu Bharu dibenarkan pulang semalam.

(Identiti enam mangsa yang maut dikenal pasti/JBPM)

Media Baharu