fb fb fb fb fb

Tragedi tanah runtuh: 53 individu sudah dirakam keterangan - Polis

(FOTO FAIL)

SEMENYIH, 20 Disember - Seramai 53 individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Jalan Genting Highlands-Batang Kali, Jumaat lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata 53 individu berkenaan membabitkan pengusaha serta dua pekerja tapak perkhemahan berkenaan selain mangsa terselamat dan ahli keluarga mereka.

(Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed)

"Kita menjangkakan ada beberapa lagi individu yang akan dipanggil untuk dirakam keterangan berhubung insiden itu bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 304A/290 Kanun Keseksaan dan Seksyen 107 Akta Kerajaan Tempatan 1976," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Balai Polis Semenyih, di sini.

Tambah Arjunaidi, pihaknya telah menubuhkan pasukan khusus di Hospital Sungai Buloh bagi membantu berhubung dengan pihak keluarga dan mangsa.

"Pasukan itu dianggotai seorang pegawai berpangkat Asisten Komisioner dan dibantu lapan anggota yang bertugas pada setiap shif.

"Dari segi bantuan psikologi, tiada permintaan diterima daripada pihak kami, namun kita menyedari perkara ini dan kita akan bantu mereka," katanya.

Media Baharu