fb fb fb fb fb

Firos Mohammed meninggal dunia ketika beraksi dalam kejohanan Legend All Star

Bantuan kecemasan segera diberikan selepas Firos rebah di tengah padang namun allahyarham disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian

MANJUNG, 6 Julai - Bekas penjaga gol Pulau Pinang era 1990-an, Firos Mohammed meninggal dunia selepas rebah secara mengejut ketika menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Legend All Star di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, malam tadi.

Insiden berlaku pada minit ke-27 perlawanan yang melibatkan pasukan Veteran Pulau Pinang menentang Kedah.

Allahyarham dikatakan rebah di tengah padang sebelum bantuan kecemasan segera diberikan, namun beliau disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Kejohanan tersebut menghimpunkan barisan legenda bola sepak dari empat negeri utara tanah air Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dalam usaha menyemarakkan semula semangat kesukanan serta mengenang jasa bekas-bekas pemain kebangsaan.

Allahyarham Firos dikenang sebagai antara penjaga gol terbaik yang pernah mewakili skuad Harimau Kumbang dan menjadi antara tarikan utama dalam kejohanan ini, khususnya buat penyokong yang hadir memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing.

Pemergian Allahyarham Firos merupakan satu kehilangan besar kepada arena bola sepak tempatan, khususnya di Pulau Pinang.

TETITIA YUSOFF