fb fb fb fb fb

Lelaki direman disyaki rogol pelajar

Foto RTM

BALIK PULAU, 3 Oktober - Seorang lelaki direman empat hari bagi membantu siasatan kes rogol pelajar berusia 14 tahun.

Perintah reman terhadap suspek berusia 32 tahun itu dikeluarkan Majistret Chia Huey Ting bermula hari ini sehingga 6 Oktober depan.

Ini bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan.

Suspek, seorang guru telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya selepas mangsa yang juga pelajar di sekolah sama membuat laporan polis berhubung kejadian.

Mangsa membuat laporan dirogol suspek di tempat letak kereta terbuka di sebuah kompleks beli belah di Persiaran Bayan Indah, di sini pada November tahun lalu.

SITI NOOR KASANABILAH BINTI KAMARUL ZAMAN