(Foto BERNAMA)
KUALA TERENGGANU, 13 Julai- Penduduk sekitar kawasan Jeram Air Putih, Kemaman diminta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan yang boleh membantu operasi pencarian seorang lagi mangsa tragedi kepala air.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Hassan 'As'ari Omar berkata sekiranya menjumpai peralatan atau barangan dipercayai milik mangsa, orang ramai boleh menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
"Ketika ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa tragedi kepala air telah meliputi 100 peratus kawasan pencarian, melibatkan keluasan 59.1 kilometer.
"Bagaimanapun sehingga kini masih tiada petunjuk baharu berjaya ditemukan.
"Semalam, terdapat penemuan beg dan ada beberapa dokumen penting melibatkan keluarga mangsa insiden tersebut. Pihak bomba sedang meneliti kawasan-kawasan tumpuan," katanya ketika menghadiri program BSN Care Fire Awareness di Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu.
(Foto BERNAMA)
Berita Berkaitan
Tragedi kepala air: Pencarian mangsa terakhir sukar, hujan lebat keruhkan air sungai
Tragedi kepala air: Pencarian mangsa terakhir fokus di sektor A
Tragedi kepala air: Jenazah kesembilan Muhammad Fikri selamat disemadikan
Tragedi kepala air: Mayat kesembilan disahkan Muhammad Fikri