(Onn Hafiz dan Mohamad Hasan di Kementerian Pertahanan di Putrajaya
/Foto FB Onn Hafiz Ghazi)
PUTRAJAYA, 13 Julai- Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA2) yang bakal dibina di Johor akan dibangunkan di salah satu tanah milik kegunaan Kementerian Pertahanan.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perkara itu diputuskan hasil perbincangan bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan di sini hari ini.
Satu jawatankuasa khas akan dibentuk bagi memperhalus cadangan berkenaan, seterusnya merangka pelan yang tersusun.
"Pembinaan HSA2 amat penting, kerana ia mampu mengurangkan kebergantungan serta kesesakan di HSA sedia ada.
"Semoga usaha sama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Johor akan memberi impak positif kepada kualiti hidup Bangsa Johor, seterusnya mampu mengangkat Johor sebagai sebuah negeri yang maju. Insya-Allah," katanya menerusi Facebook rasmi.
Menurut Onn Hafiz, isu keselamatan dan pertahanan di Johor khususnya keselamatan sempadan turut dibincangkan dalam pertemuan itu.
Hadir sama, Exco Kesihatan dan Perpaduan, Ling Tian Soon; Pengarah Tanah dan Galian Negeri Johor, Datuk Ashari Kasnan dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Dr. Mohtar Pungut@Ahmad.
(Onn Hafiz dan Mohamad Hasan di Kementerian Pertahanan di Putrajaya
/Foto FB Onn Hafiz Ghazi)