fb fb fb fb fb

Kes buli, ibu bapa perlu pantau anak-anak

(Foto Fail)

ALOR SETAR, 13 Julai- Sikap tidak ambil peduli dan memberi kebebasan gajet tanpa pemantauan rapi terhadap aktiviti anak-anak menjadi punca berlakunya gejala negatif seperti buli terutamanya di sekolah.

Pengarah Ghazali Shafie Executive Enhancement Programme (GSEEP), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Azman Khamis berkata anak-anak berusia belasan tahun mudah terpengaruh dengan perkara dilihat mereka di gajet.

Justeru, ibu bapa perlu memainkan peranan pentingĀ  dengan sentiasa memantau gajet anak-anak bagi mengelakkan mereka terjebak dengan gejala negatif yang boleh memberi kesan terhadap masa depan mereka.

"Saya mengharapkan pendekatan bersama ibu bapa, pantaulah gajet anak-anak, jangan ada penyebaran video (negatif), jangan ada melihat video-video yang tidak baik dan sebagainya.

"Baru-baru ini berlakunya kes buli, penderaan dan ia juga mengakibatkan satu perkara yang tidak baik.

"Saya juga mengharapkan ibu bapa memantau perlakuan anak-anak, aktiviti seharian, pergaulan, pergerakan dan sebagainya.

"Mudah-mudahan kita bakal melahirkan pelajar-pelajar, ikon kepada sebuah negara yang hebat, khususnya Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah motivasi waris dan murid peringkat Sekolah Kebangsaan (SK) Lengkuas tahun 2023 di Kepala Batas di sini.

Tambahnya, hukuman berat yang dikenakan terhadap pelaku-pelaku kes buli juga perlu dijadikan iktibar dan pengajaran oleh semua pihak agar tidak mengulangi perbuatan sama.


(Foto Fail)

Media Baharu