fb fb fb fb fb

Perak lokasi pelaburan terbaharu dari China

Datuk Seri Saarani Mohamad/ Foto RTM

TELUK INTAN, 10 Ogos - Perak dipilih sebagai lokasi pelaburan terbaharu syarikat dari China melalui tawaran insentif yang kompetitif serta pendekatan perkhidmatan yang mesra pelabur.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pengumuman rasmi mengenai pelaburan itu akan dibuat selepas mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa di negara itu. 

Menurut beliau, segala urusan berkaitan pelaburan telah pun dimuktamadkan, termasuk proses pengambilan tanah dan pembayaran yang telah diselesaikan.

"Kerajaan negeri telah membantu China untuk membuat pengambilan tanah dan bayaran telahpun diterima. Malah, tanda tangan antara China dengan tuan tanah juga telah dibuat. Jadi ini bermakna pelaburan itu memang bakal dilaksanakan.

"Cuma buat masa sekarang, ia belum boleh diumumkan berdasarkan peraturan–peraturan di peringkat negara China," katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Majlis Pelancaran dan Perasmian Karnival Sukan Bendang Komuniti Perak Sejahtera 2030 Daerah Hilir Perak di Kampung Permatang Sungai Manik, Teluk Intan, Perak.

Tambah Datuk Seri Saarani, pelaburan ini turut menjadi rebutan beberapa negeri lain serta negara serantau, termasuk Indonesia.

EZA YUSMAWATI YAACOP